ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT DATANG. FOLLOW BLOG SAYA EH. HAVE FUN STALKING :)
haiqalrosli.blogspot.com: Nak Kahwin Awal Boleh? My Wedding Wishes

Nak Kahwin Awal Boleh? My Wedding Wishes


Ekhem,nampak tak pasangan kat atas ni,sebab diorang tiba-tiba rasa nak buat post pasal perkahwinan pulak. Gatal eh awk ni. hehe. Semua org pernah terfikir nak kahwin kan?Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Selalunya tak ramai yg decide nak kahwin muda ni. Ramai yg rasa umur yg layak untuk berkahwin adalah 20-24 tahun.


Sebenarnya kita digalakkan untuk kahwin awal tau. Kalau ditanya knp nak kahwin awal? Mampu ke nak dirikan rumah tangga? Kahwin bukan benda main-main. Itulah masalah yg akan timbul. Tp zaman skrg ni dah byk masalah akhlak yg berlaku,so lebih baik kahwin awal,elakkan maksiat daripada berkeluasa.


Gamba di atas adalah contoh-contoh orang yg akan berkahwin awal ataupun dah kahwin dlm usia yg muda. Antaranya: Dian Pelangi ('91) - Irine Nadia ('92) - Dena Bahrin ('92) - Farah Lee ('89). Mungkin aku pulak orang seterusnya :p

Alhamdulillah. Baguslah kalau diorang decide kahwin awal. Ini satu perkembangan yang bagus sebenarnya dalam masyarakat kita. Daripada bercinta tanpa hala tuju,clash couple clash couple lebih baik bercinta lepas kahwin. Semuanya halal gitu.

Cuma yelah,kahwin ni bukan main-main. Tanggungjawab besar kan? Jangan amik remeh pasal tanggungjawab ni. Lagipun ,mampukah kita untuk menyara keluarga? Kukuh dari segi kewangan adalah satu kriteria penting untuk berkahwin sebabnya, kalau nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, macam mana nak tanggung isteri dan anak nanti? Memanglah rezeki Allah boleh dicari di mana-mana. Tapi lebih elok kalau sudah kukuh sebelum berkahwin supaya senang untuk memikul tanggungjawab dan tak susah di kemudian hari.


Mesti kalau kita kahwin nanti,kita harapkan wedding yg gempak,begitu jgk aku:-

cupcakes

Garden Themes

Contoh-contoh pelamin

bilik tidur mcm ni

hantaran tema macam ni

Nak ada budak kecik yg comel ni boleh?

sesi autograph

Then naik kereta kuda keliling rumah

Ramai orang salah anggap bab kahwin awal ni.Renung-renungkanlah mana yg lebih baik.

p/s :

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

3 comments:

zunairah said...

Waaa....

♥ cik apple ♥ said...

glamor nampak nk kawen..hhehe... =)

dIeydEann said...

lol.ingtkan pompuan je ad wedding wishes cmny

Post a Comment